Tuesday, November 17, 2009

Penjelasan Definisi Wahabi

LATAR BELAKANG

“Apa itu wahabi? Saya tak tahu apa itu wahabi. Beri saya definisi wahabi.”

Kita pun beri definisi wahabi, sudah lama pun. Melalui definisi itu, kita harap orang ramai tahu wahabi mana yang ditolak dan wahabi mana yang tidak kita ambil hirau. Definisi ini menerima komen-komen yang tidak enak daripada orang tertentu, yang tentunya berasa definisi itu memang kena dengan ciri-ciri dirinya, membuatkan dirinya tergolong ke dalam wahabi yang ditolak. Jika definisi itu tidak berkenaan diri kita, biasanya kita buat tak tahu saja.

Baca baik-baik tamsilan di bawah.


DEFINISI TENTERA SALIB

Kata Salahuddin al-Ayyubi (sebagai contoh saja): “Tentera salib yang mesti kita tentang itu (definisinya) ialah mereka yang mempunyai banyak ciri-ciri di bawah. Sesiapa yang mempunyai satu dua sahaja, bukan tentera salib. Yang mempunyai beberapa ciri-ciri di bawah, cenderung menjadi tentera salib. Ciri-cirinya:

Biasanya berbangsa Eropah, berkulit putih.

Biasanya tidak tahu berbahasa Arab.

Biasanya beragama Kristian.

Biasanya memakai baju tentera.

Biasanya membawa senjata.

Biasanya ada lambang salib pada tubuh mereka (baju/ perisai/ pedang/ rantai/ tatoo).

Biasanya sangat membenci orang-orang Islam.

Bergerak secara kumpulan.

Biasanya datang dari Eropah menuju ke Baitul Maqdis, dan lain-lain.”

Orang-orang yang tidak membaca dengan teliti (biasanya memang penyokong tentera salib) biasanya akan membuat bantahan. Mengapa? Kerana mereka ada ciri-ciri yang dinyatakan dalam definisi itu.


JAWAPAN KEPADA BANTAHAN MEREKA

Jika ada yang bertanya: “Apakah orang yang tidak tahu berbahasa Arab itu tentera salib Kristian?”

Jawapan kita mudah saja- tidak.

Jika ada yang memprotes: “Asal beragama Kristian saja maka orang itu tentera salib? Apa punya definisi ni?”

Jawapannya pun mudah juga- tentulah tidak.

Jika ada yang cuba berhelah: “Apa salah orang Eropah berkulit putih? Mereka tu tentera salib ke? Ini semua fitnah!”

Jawapannya tetap sama- pastinya tidak juga. Memfitnah jauh sekali.


AMBIL CONTOH UNTUK FAHAM

Richard seorang bangsa Eropah. Apakah dia seorang tentera salib Kristian?

Tidak.

Victor seorang yang beragama Kristian, tidak tahu berbahasa Arab dan sedang menuju ke Baitul Maqdis. Apakah dia seorang askar salib?

Mungkin. Dia cenderung sebagai salah seorang tentera salib, tapi kita tidak boleh mengkategorikan dia sebagai seorang tentera salib selagi belum cukup ciri-cirinya. Dengan orang jenis ini, kita ambil langkah berhati-hati.

Harold seorang Kristian, memakai pakaian tentera, datang dari Eropah menuju ke Baitul Maqdis, sangat membenci orang Islam, tidak tahu berbahasa Arab, bergerak berkumpulan dan membawa senjata. Apakah dia seorang tentera salib?

Ya. Ciri-cirinya memang kena dengan definisi ‘tentera salib’.


SESUAIKAN DENGAN DEFINISI WAHABI

“WAHABI itu ialah "MANUSIA YANG MEMILIKI BANYAK KRITERIA-KRITERIA BERIKUT (yang kurang daripada itu disebut CENDERUNG, yang kurang lagi disebut TIDAK DAPAT DIPASTIKAN dan setakat satu dua kriteria yang KURANG PENTING- sebagai BUKAN WAHABI)...”

(Baca seterusnya di http://virussalafiwahabi.blogspot.com/2009/11/definisi-salafi-wahabi.html )

Pak Abu memang tidak berqunut dalam solat Subuh dan meminati Ibnu Taimiyyah. Apakah dia mengamalkan fahaman Salafi Wahabi yang kita tolak itu?

Tidak. Kepada yang menuduh kami mengatakan Pak Abu seorang Wahabi, tolong jangan salah faham dan tolong jangan buat fitnah.

Pak Ali seorang yang tidak berqunut, minat Ibnu Taimiyyah, menolak tariqat-tariqat sufi dan suka melayari laman-laman web berbau Wahabi. Apakah dia mengamalkan fahaman Salafi Wahabi yang kita tolak itu?

Mungkin tidak, mungkin ya. Orang seperti ini dalam kategori cenderung. Kita masih belum boleh mengatakan dia seorang Wahabi sehinggalah jelas dia mempunyai banyak ciri-ciri Wahabi. Dengan orang jenis ini, kita ambil langkah berhati-hati sahaja. Jangan membuat fitnah mengatakan kami mengecop orang ini sebagai Wahabi.

Pak Asri seorang yang tidak berqunut, minat Ibnu Taimiyyah, menolak tariqat-tariqat sufi, begitu minat akan fahaman Ibnu Taimiyyah, banyak menyokong pegangan tentera Wahabi di Arab Saudi dulu, berpegang dengan tauhid uluhiyyah, mengamalkan campur-campur mazhab, menyokong laman-lam web berbau Wahabi, menolak kenduri tahlil arwah, menghukum berdosa orang yang menyambut Maulidrurasul dan membaca Yaasin berjemaah pada malam Jumaat. Apakah dia mengamalkan fahaman Salafi Wahabi yang kita tolak itu?

Ya. Orang seperti ini memang berfaham Wahabi kerana kena dengan definisi yang diutarakan. Kita hanya menolak orang jenis ini, bukan orang yang cenderung ataupun yang bukan Wahabi.


KESIMPULAN

Apabila dikatakan: “Anda tidak dibenarkan mengajar kerana anda menyebarkan fahaman Wahabi.”

Jangan lagi buat-buat tak tahu ‘wahabi’ mana yang dimaksudkan. Tidak lain ialah wahabi sebagaimana dalam definisi wahabi itulah.


Abu Zulfiqar

17 November 2009

Sunday, November 8, 2009

Kuliah -Fitnah dari Najd

NAJD - BUMI FITNAH & TANDUK SYAITAN

Doa Rasululullah : Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri SYAM kami, Ya Allah Ya Tuhanku! berkatilah negeri YAMAN kami.
Mereka (para Sahabat) berkata: Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri NAJD kami.
Baginda (terus) berdoa: Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri SYAM kami, Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri YAMAN kami.
Mereka (para Sahabat) berkata: Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri NAJD kami.
Aku (perawi hadith) agak pada (permintaan) yang ketiga Baginda bersabda: Padanya (NAJD) (berlaku) gempa bumi, fitnah dan tempat terbit tanduk syaitan (Bukhari)

FITNAH-FITNAH DARI NAJD
1.Malik bin Auf
2.Musailamah al-Kazzab (dari Bani Hanifah)
3.Sajjah bin al-Harith (dari Bani Tamim)
4.Malik bin Nuwairah
5.Tulaihah (dari Bani Assad)
6.Muhammad bin Abdul Wahhab
7.Dinasti Saud an-Najdi

MALIK BIN AUF
•Mencetuskan Perang Hunaian, 15 hari selepas pembukaan Mekah (8 H /630M).
•Berasal dari Najd. Memimpin suku Hawazin dan suku Tsaqif untuk menyerang umat Islam yang mahu mendapatkan Makkah.
•Nabi sedia 12,000 askar. Bertempur di Hunain (10 batu dari Mekah). Islam kalah diserang dari kawasan tinggi dan terkepung.
•Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan perang dan di Hunain, iaitu semasa kamuberasa megah kerana jumlah kamu yang ramai. Maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun. Dan bumi yan luas itu menjadi sempit kepada kamu, kemudian kamu berpaling undur melarikan diri. (Surah at-Taubah:25)
•Musuh bergerak ke kubu di Taif, tentera Islam ikut. Akhirnya mereka minta damai dan masuk Islam terpikat dengan sikap Nabi Muhammad.
•Pasukan muslim berhasil menangkap keluarga dan harta benda dari suku Hawazin, yang dibawa oleh Malik bin Aus ke medan pertempuran. Rampasan perang ini termasuk 6.000 tawanan, 24.000 unta, 40.000 kambing, serta 4.000 waqih perak (1 waqih = 213 gram perak).

MUSAILAMAH AL-KAZZAB
•Antara wahyu yang diterima Musailamah:
Wahai Wabr, Wahai Wabr! Engkau hanyalah dua telinga dan satu dada, dan selebihnya (kerja) engkau menggali
•Khalid ajak Musailamah duel, tapi Musailamah kata dia nabi, tak layak lawan orang biasa.
•Khalid bin Walid melakukan tipu muslihat, seakan-akan pasukan Islam lari, pasukan Musailamah maju untuk mengumpulkan harta rampasan. Ketika pasukan Musailamah sibuk mengumpulkan harta rampasan, Khalid dan pasukannya kembali menyerang sehingga mereka melarikan diri ke dalam kubu Hadiqaturrrahman (Taman Kemurahan) yang berubah menjadi Hadiqatul Maut (Taman kematian). Dianggarkan 12.000 pasukan Musailamah dan 600 pasukan Islam, sebahagian besarnya sahabat penghafal Al-Quran,
•Khalid ajak Musailamah duel, tapi Musailamah kata dia nabi, tak layak lawan orang biasa.
•Ingatlah kisah Pendekar Barak al-Ansari.

MALIK BIN NUWAIRAH
•Malik bin Nuwairah ialah panglima pasukan Sajjah.
•Dibunuh Khalid bin Walid di Wadi al-Battah.

TULAIHAH
•Tulaihah bin Khuwailid al-Asadi adalah pemimpin suku Asad di daerah Bazakha.
•Sebelum Islam bekerja sebagai tukang sihir.
•Menghapuskan sujud dan zakat.
•Sewaktu perang berlaku, dia berselimut menunggu wahyu.
•Buat ramalan tetapi selalu tak betul.
•Tulaihah lari ke sempadan Syria, akhirnya kembali pada ajaran Islam.

DINASTI SAUD
•Dikatakan bunuh 400,000 orang Islam dan mencacatkan 350,000 yang lain dalam usaha mendirikan negara Arab Saudi. Wallahualam.
•Membunuh, mencacat dan mengusir ribuan ulama dan keturunan Nabi Muhammad di Hijaz.
•Bekerjasama dengan Inggeris untuk menguasai Tanah Arab.
•Suka berperang dengan sesama Islam, tak pernah berperang dengan bukan Islam.
•Membenarkan tentera Amerika membuka pengkalan di Arab Saudi.
•Awal 2009- Meir Dagan, ketua Mossad sejak tahun 2002, berbincang dengan pemerintah Saudi untuk membangun landasan terbang untuk Israel.
•Terlibat dalam penyediaan kereta api yang akan beroperasi di Jerusalem. Haramain Express yang menjadi konsorsium dana penyediaan perkhidmatan kereta api ini. Liga Arab dengan tegas telah menyatakan bahwa Saudi harus menghentikan projek Jerusalem itu tetapi Saudi degil.
•Sudah 300 bangunan bersejarah di Mekah dihancurkan oleh Saudi. Rumah kelahiran Rasulullah hendak dibuat tempat parking.
•Bawa ahli arkeologi seluruh dunia (Yahudi).
•Raja Abdullah beri penghargaan Arab Nobel kepada seorang profesor Yahudi-Ronald Levy.
•Wanita tidak dibenarkan memandu.
















Sembang Santai bawah Pokok Deghian

SEMBANG SANTAI BAWAH POKOK DEGHIAN

( Dialog di bawah berlaku dalam loghat orang utara Semenanjung Tanah Melayu. Pembaca yang tidak basa dengan loghat utara mungkin akan terasa dialog di bawah berlaku dalam suasana tegang, penuh kekasaran dan sifat-sifat mazmumah. Sebenarnya ia berlaku dalam suasana tenang dan lembut sebagaimana dua orang sahabat baik yang sudah lama tidak bertemu berbual)


# Aapa la hang ni? Asai kita sembang bab agama ja, hang mesti dok pekeluaq ceghita pasai Wahabi. Kalau tak buka ceghita Wahabi tak boleh ka?

@ Dak aaiihh Kalau sembang yang bekaitan dengan Wahabi ja yang aku bukak ceghita Wahabi. Kebetulan, bab yang hang dok bukak tu banyak yang bersangkut-paot dengan Wahabi. Kalau dak, aku pun tak teghingin aih nak sebut Wahabi Wahabi.

# Yang hang dok cedghita pasai Wahabi Wahabi ni, hang tau ka Wahabi tu apa dia?

@ Tentu la tau! Aku tak saja-saja aih nak ceghita benda-benda yang aku tak dak ilmu.

# Kat Malaysia ni ada ka Wahabi?

@ Ada. Awat pulak tak dak?

# Hang salah paham ni! Wahabi tu nama yang dibagi kat Syeikh Muhammad Abdul Wahab oleh musuh-musuh dia. Hang tau ka Syeikh Abdul Wahab?

@ Tau aih. Tapi pendapat hang tu salah. Hang jangan kecik ati nooo apabila aku kata salah.

# Dak aih. Nama pun sembang-sembang, bukan begaduh, bukan bebalah.

@ Nama Wahabi tu diberi oleh para ulamak Ahli Sunnah supaya umat Islam tak tesalah paham antara ajaran Ahli Sunnah sebenaq dengan ajaran Syeikh Muhammad Abdul Wahab.

# Awat, Wahabi bukan Ahli Sunnah ka?

@ Ada ajaran Wahabi yang selaras dengan Ahlus Sunnah dan ada yang tak.

# Apa dia yang tak selaras tu?

@ Woih, kalau nak ceghita yang tu, tulisan ni tak boleh la nak kata SEMBANG SANTAI!. Tu dah masuk sembang beghat dah tu! Hai tu kena sembang betekun, tak boleh santai-santai. Nak sembang hai tu kena pilih masa yang sesuai. Tenang-tenannng kita muzakarah.

# OK, OK, aku paham! Emm pasai apa ulamak-ulamak boh nama Wahabi? Padahai depa menamakan dighi depa kaum Muwahiddun. Depa pejuangkan tauhid!

@ Sebab tu la kena boh nama lain, takut oghang lain sangka depa tu betoi dan anggap selain depa tu salah, selain depa tidak pejuangkan tauhid, selain depa betentangan dengan Ahli Sunnah, selain depa semua bidaah.匱Tengok kaum Syiah. Depa kata depa la Ahli Sunnah sebenaq. Kita sunnah depa sunnah. Takut nanti oghang tekelighu lalu kata depa betoi. Jadi para ulamak betindak bijak dengan berusaha membezakan depa dengan kita melalui penggunaan nama belainan. Macam tu la tindakan bijak para ulamak dalam menghadapi kaum anti-hadis, kaum anti-hadis dhaif, kaum Ahmadiah Qadiani, ajaran-ajaran sesat 卥aum Wahabi dan lain-lain. Label tu penting supaya oghang tak mudah salah sangka dengan tersokong kebathilan tanpa disedari.

# Golongan anti-hadis dhaif?

@ Sapa lagi kalau bukan Wahabi.

# Kalau sembang bab agama, tak sentuh pasai Wahabi tak boleh ka?

@ Tentu saja boleh, tak dak masalah, DENGAN SYARAT, tak dak sapa-sapa yang dalam besembang tu cuba menyebarkan fahaman-fahaman Wahabi. sama ada disecara disedari ataupun tidak . Tak adil la kalau kita BOLEH bawak cakap-cakap yang menyokong dakyah Wahabi tapi oghang lain TAK BOLEH bawak cakap-cakap yang menolak dakyah Wahabi. Kita kena la adil dalam pembicaraan. Kita sebar fahaman yang kita sokong BOLEH, tapi apabila oghang nak sebar fahaman dia TAK BOLEH.

# Macam mana tu?

@ Nak kena contoh ka? Macam ni. Dalam kita dok sembang-sembang tu, tiba tiba salah soghang kawan kita bawak isu tahlil arwah bedosa ataih kata kunci bidaah, sambut Maulidurrasul bedosa, buat kenughi arwah bedosa, kaum sufi kaum tarekat bedosa, semua ataih kata kunci BIDAAH lah. Ataupun bawak ceghita-ceghita yang menaikkan saham tokoh-tokoh Salafi Tua. Hang tau ka Salafi Tua tu apa?

# Aku tau. Geng-geng Tajdid Segaq h selalu dok sebut Wahabi ni Salafi Tua la, Salafi palsu la, Salafi Lapok la.

@ Kalau tau baguih! Senang nak ceghita. Sambung balik. Dok bawak ceghita penaik saham tokoh puak-puak Salafi Lapok ataupun yang cenderung macam Syeikh Albani, Ben Baaz, Fauzan, Utsaimin, Rabee... Kalau di Malaysia ni macam Dr. Asri, Hafis Firdaus, Maszlee Malik, geng-geng forum Al-Ahkam... (kini al-Fikrah pula).

Apabila jaghum-jaghum dakyah Wahabi nak masuk, automatik la kawan-kawan besembang yang tau keghosakan-keghosakan yang dibawak oleh Wahabi TERPAKSA membalas. Yang heghannya, oghang yang mula-mula bawak jaghum-jaghum Wahabi tak dipandang salah, tapi oghang yang nak betoikan keadaan pulak yang dibesaq-besaqkan sebagai pesalah.

# Hmmm...

@ Patutnya salahkan dulu tukang bawak fahaman Wahabi tu. Kalau tak suka pegangan dia dikritik oleh aghang lain, tok sah la dok promosi. Dia nak amal ka nak sokong ka nak taksub taqlid buta ka, buat soghang-soghang dah la. Yang dok nak sebaq kat oghang yang bukan Wahabi ni pasai apa? Kalau tak dak oghang yang sebaq dakyah Wahabi, tak kan ada oghang yang nak sembang MENOLAK Wahabi. Ingat kami ni suka ka nak sembang pasai Wahabi? Siiikit tak hingin. He he.

# He he he.

@ Jadi, jangan la dok mula promote ajaran Wahabi. TAK DAK PROMOTE, TAK DAK LA BANGKANGAN. Tu dia petua dia! Kalau Wahabi tak menyeghang TELEBIH DULU, yang bukan Wahabi TAK AKAN SIBUK-SIBUK NAK MENOLAK.

Yang jadi MENOLAK ni sebab dah diseghang telebih dulu.
Kalau hujan, panaih ataupun taik bughung tak tuqhun, tak dak sapa pun yang sibuk bejalan nak bukak payung. Payung hanya akan dibukak setelah hujah atupun panaih tughun lebih dulu. Nak sughuh oghang bukak payung supaya beghenti bukak payung, kena la sughuh hujan panaih dengan taik bughung dna lain-lain jangan tughun dulu.

Dok sughuh oghang yang menangeh beghenti menangeh, yang oghang dok memukoi nun tak disughuh beghenti memukoi. Macam mana yang dok kena pukoi ni nak disughoh beghenti menangeh? Aaada ka patut?

# Ya la jugak!

@ Kesimpulan dia- kalau nak sughoh oghang lain beghenti membalaih dakyah Wahabi, nombor satu.. kena la sughoh oghang yang dok promote ajaran Wahabi beghenti promote telebih dulu. Tu saja petua dia. Mudah dak? Meeemang mudah. Cuma nak buat dengan dak ja. Maaacam la kalau tak dak Wahabi maka ajaran Islam tak lengkap! Kalau Wahabi tak wujud, agama Islam tak kughang kat mana pun.

Kedatangan ajaran Wahabi pun tak menambahkan apa-apa melainkan menambahkan masalah, perpecahan dan kemunduran kepada ulama-ulama dan umat Islam selughohnya. Zaman awai Islam dulu, mana ada ajaran Wahabi. Umat Islam gemilang apa masa tak dak ajaran Wahabi dulu. Sejak muncoi Wahabi, makin lama makin meghudum dan last-last teghoih jatuh. Sampai haghi ni tak naik-naik lagi kekhalifahan Islam. Jangan lupa, gerakan Wahabi dulu salah satu penyumbang kepada kekhalifahan terakhir umat Islam.

# OK OK. Ni aku nak tanya, nama-nama yang hang sebut tadi macam Dr. Asri la, Ahkam la, depa tak peghenah mengaku Wahabi pun.

@ Memang la! Oghang Syiah pun tak mengaku kalau kita kata depa tak temasuk Ahli Sunnah wal Jamaah. Puak Ahamadiah Qadiani pun tak ngaku sesaatt! Cat terpalit kat ghambut kita, susah kita nak peghasan senighi. Besanya kalau tak dak oghang tegog, sampai ke sudah tak tau ghambut tekena cat. Wahabi macam tu la.

# Yang kita dok sebok nak menepih membalaih ni, masa bila pulak geng-geng Wahabi dok promote fahaman depa?

@ Tu, yang dok buat seminar tu, dok buat forum tu, dok bukak laman web bukak blog tu, dok bukak institute itu ini, pertubuhan itu ini, dok tuleh buku dok tuleh dalam media-media tu, dok menuleh dalam sughat kabaq tu apa benda? Sedaaaaap ja dok teghiak sana teghiak sini sughoh orang lain beghenti menentang Wahabi, yang depa senighi tak dak niat pun nak beghenti promosi Wahabi. Sikap kita kena adil laaa.

# .. Jadiii, macam mana kita nak tau depa tu Wahabi ke dak?

@ Ada la ciri-ciri dia. Nak senang ceghita, elok hang baca ni hah, tulisan Alexanderwathern . Tajuk dia SEANDAINYA PENCERAMAH SALAFI TUA DATANG. Besanya, besanya la, daghipada pecakapan, tingkah laku dan penulisan satu-satu oghang tu kita boleh peghasan dah dia ni jenih apa, Syiah ka, sufi ka, orientalis ka, UMNO ka, PAS ka, apa ka. Betoi dak? Apabila satu-satu oghang tu ghajin dok promosi fahaman-fahaman Wahabi, maka time tu kita tau la dia Wahabi. Kalau dia jenih tak beghapa ghajin promosi, tapi dok promosi jugak kadang-kadang, yang ni jenih baghu tekena virus Wahabi sikit-sikit.

# Hmphh, tak tau la akuuu! Mai paghang sat, aku nak belah sebijik lagi deghian ni.

@ Woi, woi, amboiii! Diam tak diam dah empat bijik deghian aku hang baliah noo! Peghot hang ni jenis apa ni? Aku senighi paling kuat pun dua bijik ja sekali lalu!

# Alahh, besa la! Makan deghian free ni memang best! Bila laaagi nak peghabih deghian kawan, ya dak? Haha.

@ Malam ni kalau badan hang panaihhh, aku tak tau la. Hang tok sah dok mengadu kat aku! Satni aku luuumoq hang dengan asam jawa satu badan bagi sejuk!

# Hi hi hi.


Abu Zulfiqar Alex
28 OGOS 2007